fbpx

PRN Johor: Mesyuarat Khas SPR 9 Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasminya telah menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari 2022.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pembubaran itu adalah sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

“Berdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN tersebut.

“Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Johor Ke-15 akan diadakan pada 9 Februari 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ikmalrudin, Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN DUN Johor.

Katanya, ia meliputi perkara seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI