JOHOR BAHRU – Polis Johor sedia memastikan kepatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, SOP belek bagaimanapun hanya akan diketahui selepas diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, SOP lebih ketat telah disyorkan dengan mengambil kira kemunculan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron.
“Sudah pasti SOP yang sedikit ketat kita akan laksanakan tetapi kita perlu tunggu dahulu keputusan dibuat oleh MKN sebelum kita melaksanakannya.
“Bagaimanapun kami di Polis Kontinjen Johor telah bersedia,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu, Kamarul Zaman mengadakan sembah taklimat persediaan dan keselamatan menjelang PRN kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Islandar di Istana Flinstones, Mersing hari ini. -K! ONLINE