fbpx

[VIDEO] Penganggur penggal kepala ibu didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azam ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Seorang penganggur yang membunuh ibunya dengan memenggalkan kepala di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, dua minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Mohamed Azam Abdul Rasib, 29, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap ungu nengangguk faham akan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Azam didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Hamidah Ismail, 56.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah bernombor 3E 489, Pasir Penambang, antara pukul 8.10 pagi hingga 6.08 petang, 15 Januari lalu.

Berita berkaitan: Tidak dapat duit beli dadah punca penggal kepala ibu

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Oon memohon izin memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Klang untuk dibicarakan sementara menunggu penyediaan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Roslizi membenarkan tempoh penyediaan laporan oleh pihak pendakwaan manakala pembelaan diarah membuat permohonan di peringkat Mahkamah Tinggi dan sebutan semula kes ditetapkan di mahkamah sama pada 28 Mac depan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI