fbpx

Naik gelongsor pada ketinggian 220 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelongsor kaca membolehkan pengunjung menggelongsor turun dari tingkat 53 ke tingkat 52. – Emaar

DUBAI – Tarikan terbaharu di Dubai, Sky Views Dubai, menawarkan pengalaman melakukan aktiviti menguji keberanian ketinggian pengunjung, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin. 

Terletak di tingkat 52 dan 53 menara berkembar hotel Address Sky, pengunjung boleh melakukan aktiviti pada ketinggian 219.5 meter (m) dari paras tanah.

Aktiviti yang ditawarkan adalah berjalan di laluan kaca, menuruni gelongsor kaca di bahagian tepi bangunan dan bergantung menggunakan abah-abah di bahagian tepi bangunan dalam zon terbuka.

Laluan kaca sepanjang 46 m itu menghubungkan dua menara bangunan tersebut, selain gelongsor kaca pula membolehkan pengunjung menggelongsor turun dari tingkat 53 ke tingkat 52.

“Sky Views Glass Slide menawarkan pengalaman hebat dan selamat yang belum pernah dirasai di mana-mana lokasi seluruh dunia.

“Memandangkan ia mempunyai bahagian bawah dan sisi lutsinar, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah dan jangan pandang ke bawah sekiranya anda seorang yang mudah takut,” kata Sky Views Dubai.

Selain itu, Sky Views Edge Walk pula membolehkan pengunjung berjalan pada laluan yang tidak mempunyai sebarang tingkap atau penghadang keselamatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI