fbpx

Longkang tersumbat punca limpahan air di Sri Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar beberapa lokasi Taman Sri Muda yang dilimpahi air akibat longkang tersumbat

SHAH ALAM – Limpahan air di beberapa kawasan di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini disebabkan aliran tersumbat pada longkang.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah melakukan tinjauan selepas penularan jalan raya dinaiki air di Jalan Tokoh 25/28 berhampiran loji kumbahan.

“Limpahan itu akibat longkang tersumbat dan air mulai surut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular beberapa video memaparkan lokasi di Taman Sri Muda dinaiki air selepas hujan lebat termasuk bunyi siren amaran banjir.

Malah berdasarkan sebuah video berdurasi satu minit 33 saat menunjukkan seorang perakam kecewa apabila tiada sewajarnya terutama dalam membaiki pintu pam air.

“Ini kalau mereka tidak buat apa-apa, kita akan boikot pada pilihan raya akan datang,” jelas perakam tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI