fbpx

Kebakaran Maahad Tahfiz As-Syatirie babitkan kerugian RM210,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bilik asrama dijadikan stor di Maahad Tahfiz As-Syatirie di Sungai Dedap, Yan yang terbakar pada semalam.

YAN – Pusat pengajian Islam, Maahad Tahfiz As-Syatirie kerugian kira-kira RM210,000 selepas bangunan induk dan cawangannya masing-masing di Sungai Dedap dan Kampung Dulang Besar di sini terbakar dalam kejadian dua hari berturut-turut.

Pembantu Mudir, Muhammad Faiz Badruddin berkata, jumlah kerugian meliputi kerosakan menyeluruh bagi bangunan asrama dan pejabat di cawangan Dulang Besar serta bilik asrama yang dijadikan stor di bangunan induk Sungai Dedap.

Katanya, kebakaran di dua lokasi berlainan dalam tempoh kurang 24 jam pada kelmarin dan semalam itu merupakan ujian kepada seluruh warga maahad tahfiz tersebut.

“Mungkin Allah SWT nak uji kami tetapi Alhamdulillah semuanya selamat yang mana sesi pengajian pelajar masih boleh diteruskan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, tiada sebarang unsur jenayah yang dapat dikaitkan dengan kejadian kebakaran di kedua-dua pusat pengajian tersebut setakat ini.

Beliau berkata, hasil laporan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mendapati kejadian kebakaran pertama di cawangan Kampung Dulang Besar di sini adalah berpunca daripada lintar pintas.

“Kita masih menunggu laporan forensik bagi kes kebakaran kedua iaitu di pusat pengajian induk mereka di Sungai Dedap,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam atas nama Ma’had Tahfiz As Syatirie (Dulang Besar) 02011010126732 atau di akaun Bank Islam atas nama Ma’had Tahfiz As-Syatirie (Pondok Sungai Dedap) 02011020810011.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI