fbpx

Isteri direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang wanita yang dipercayai bertindak menikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah banglo di Rasah Kemayan Seremban 2 di sini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman bermula hari ini hingga 30 Januari depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Emysuriana Muhammad Subry di Mahkamah Khas Reman di sini hari ini.

Reman terhadap wanita berusia 55 tahun tersebut bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 10.15 pagi dengan diiringi pegawai polis dan memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga.

Semalam Kosmo! melaporkan, seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam isterinya dalam satu kejadian di Rasah Kemayan Seremban 2 di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Nanda Maarof berkata, berdasarkan siasatan awal punca kejadian dipercayai bermotifkan masalah kewangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI