fbpx

Ikan buntal ‘manja’, murung gigi depan terlalu besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gigi hadapan atau paruh Goldie yang terlalu besar mengganggu tabiat pemakanannya. - SWNS

LONDON – Seekor ikan buntal terpaksa dibawa berjumpa doktor veterinar selepas gigi hadapanya menjadi terlalu besar hingga mengganggu tabiat makannya, lapor akhbar Metro News UK semalam.

Mark Byatt yang merupakan pemilik ikan buntal diberi nama Goldie itu memberitahu,  dia menyedari ikannya mula hilang berat badan dan tidak ceria sejak tiga bulan lalu.

Apabila diperhatikan, rupa-rupanya gigi hadapan Goldie menjadi terlalu besar dan menyukarkannya untuk makan seperti biasa.

Goldie akhirnya dibawa ke klinik haiwan dan doktor telah mengambil keputusan untuk memotong separuh daripada gigi hadapannya.

Doktor yang merawat Goldie, Daniel Calvo Carrasco menjelaskan bahawa tabiat pemakanan Goldie yang cerewet mungkin telah menyumbang kepada keadaannya.

“Gigi ikan buntal landak dikenali sebagai paruh dan tumbuh secara berterusan sepanjang hayatnya.

‘Gigi ini biasanya dipendekkan secara semula jadi kerana ikan buntal akan kehilangan sedikit demi sedikit giginya apabila memakan makanan bercengkerang keras. Berbeza dengan Goldie, dia sudah biasa diberi makan dan mula menolak makan haiwan  bercangkerang,” jelas Carrasco.

Akibat terlalu dimanja, paruh Goldie membesar dan akhirnya menjadi halangan untuk ikan itu makan seperti biasa.

Sebaik sahaja prosedur memotong gigi selesai, Goldie dikatakan kembali makan seperti biasa dan kelihatan lebih ceria. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI