fbpx

Heret mayat ke pejabat pos demi wang pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki warga emas itu dibawa oleh pegawai selepas ditinggalkan oleh suspek di atas lantai. - Dylan Vaughan

CARLOW, IRELAND – Dua lelaki di Ireland tergamak mengheret mayat seorang warga emas ke sebuah pejabat pos bagi mengeluarkan wang pencen mangsa, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Mayat lelaki warga emas itu dilaporkan diheret ke pejabat pos cawangan Co Carlow sebelum dibawa kepada seorang petugas di kaunter bagi menunjukkan seolah-olah dia masih hidup.

Pekerja yang curiga dengan tindakan mereka bertanya mengenai keadaan warga emas yang tidak responsif  lantas membuatkan kedua-dua suspek mencampakkan mayat di atas lantai sebelum melarikan diri.

Salah seorang daripada suspek dikatakan ada mengunjungi pejabat pos tersebut dan cuba mengeluarkan wang simpanan tersebut.

Dia bagaimanapun diberitahu bahawa hanya pemilik wang yang boleh mengeluarkan simpanan itu.

“Dia (mayat) ialah datuk kami. Kami akan membawanya ke hospital selepas mengeluarkan wang ini,” kata mereka kepada petugas kaunter.

Sementara itu, seorang jurucakap polis Garda berkata, pihak polis sedang menyiasat semua kebarangkalian mengenai kematian warga emas tersebut di Carlow pada pagi Jumaat lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI