fbpx

FAM perlu pastikan pelaburan berbaloi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REDZUAN

FAKTOR pengalaman yang menjadi ukuran serta mengambil kira perbelanjaan yang terpaksa ditanggung, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar menuntut hasil lebih baik daripada Kim Pan-gon yang dilantik sebagai pengendali baharu Harimau Malaya.

Jurulatih dari Korea Selatan itu perlu membuktikan kemampuannya lebih baik memandang­kan jurulatih tempatan sudah pun terbukti mampu memenangi Piala AFF dan saingan Sukan SEA sebelum ini.

Bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad berkata, sasaran terhadap jurulatih luar perlu lebih tinggi berbanding sebelum ini dan badan induk itu tidak wajar menyediakan alasan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku selepas ini.

“Apabila mahu ambil jurulatih, kita pasti mahu yang ada reputasi, memiliki pengalaman lebih dan secara tidak langsung per­belanjaan juga akan tinggi.

“Kalau mahu berpendirian ‘jurulatih bukan ahli silap mata’, saya rasa lebih baik kita ambil jurulatih tempatan.

“Pengendali tempatan pun pernah menang dan apa yang kita mahu adalah sesuatu yang lebih baik bukannya berharap pada nasib. Biar sepadan dengan bayaran.

“Jurulatih itu perlu nilai serta gunakan pengalamannya untuk menyediakan pasukan dengan kelompok pemain yang ada.

“Tidak boleh kalau tidak ada keyakinan (terhadap jurulatih) dan tidak bolehlah sediakan alasan awal jika gagal. Jurulatih yang datang perlu bawa pembaharuan dari segi permainan dan juga pemikiran,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, FAM mahu bersikap realistik terhadap perlantikan Pan-gon sambil mengakui yang belum ada jaminan bekas jurulatih Hong Kong itu mampu menjadikan Harimau Malaya lebih baik.

“Langkah pertama, jurulatih perlu nilai pemain (pemain sedia ada dalam Harimau Malaya) dan buat gambaran awal. Kita tidak mahu jurulatih datang sebagai ahli silap mata tetapi kita mahukan seorang jurulatih sejati.

“Dengan apa yang dimilikinya (Pan-gon), dia kena buat sesuatulah,” kata Redzuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN