fbpx

Dua syarikat didenda RM85,000 abai keselamatan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUMUT Maritime Terminal Sdn. Bhd., yang diwakili Ketua Pegawai Kewangan, Mohd. Hidayatullah Mohamed Yusof (kiri) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah kerana gagal memastikan tahap keselamatan di tempat kerja.

IPOH – Dua syarikat masing-masing didenda RM50,000 dan RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana gagal memastikan tahap keselamatan di tempat kerja hingga menyebabkan kematian.

Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Kewangannya, Mohd. Hidayatullah Mohamed Yusof, 43, dan Mardec Processing Sdn. Bhd. yang diwakili Pengurus Operasi Kilang, Mohamad Zubir Md. Desa, 49.

Kedua-dua syarikat didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang boleh dikenakan denda maksimum RM50,000, penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. sebagai majikan utama telah gagal untuk memastikan pengadaan sistem penangkapan jatuh bagi kerja-kerja memasang ‘hanging scaffold’ sehingga menyebabkan kemalangan pekerja warga Bangladesh, Kamal Hossein, 42.

Kejadian itu berlaku di Jeti Lekir Bulk Terminal, Pulau Lekir Satu, Jalan Teluk Rubiah di Seri Manjung pada pukul 12.50 tengah hari, 17 Julai 2019.

Mardec Processing Sdn. Bhd. pula didakwa gagal untuk mengadakan sistem kerja selamat bagi aktiviti pemanduan forklift sehingga menyebabkan kemalangan pekerja Bangladesh, Md. Millon Sheikh, 32. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI