fbpx

Dua cedera nahas MPV, treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan MPV Nissan Grand Livina dinaiki tiga mangsa yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands berdekatan Sekolah Kebangsaan Pos Raya pagi tadi.

IPOH – Dua cedera ringan setelah kenderaan pelbagai guna MPV jenis Nissan Grand Livina dinaiki kemalangan dengan sebuah treler tanpa muatan di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands berdekatan Sekolah Kebangsaan Pos Raya pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.35 pagi.

Menurut jurucakap itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu.

“Dua mangsa yang cedera ringan merupakan lelaki dan wanita masing-masing berusia 60 tahun dengan salah seorangnya adalah pemandu MPV tersebut.

“Seorang lagi penumpang MPV iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujar jurucakap tersebut.

Komander operasi kemudian mengarahkan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas.

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai PBK II Muhamad Norman tamat sepenuhnya pada pukul 11.40 pagi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI