PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilaporkan cerah bagi kesemua negeri sekitar semenanjung pada pagi ini termasuk di Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuacanya hari ini berkata, keadaan cuaca baik ini dijangka akan berterusan sehingga ke awal petang nanti.
Sementara itu, keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda di beberapa kawasan negeri Sarawak.
“Ia termasuklah di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
“Susulan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan tersebut dan keadaan cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 10 pagi hari ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE