fbpx

Buruh binaan mengaku rompak rumah kongsi etnik Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Muhaimin (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk menghadapi pertuduhan melakukan rompak berkumpulan dengan menggunakan sebilah parang minggu lalu.

KOTA BHARU – Seorang buruh binaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan dengan menggunakan sebilah parang terhadap dua mangsa etnik Rohingya, minggu lalu.

Tertuduh, Abdul Muhaimin Alias, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak dengan bersenjatakan sebilah parang terhadap seorang lelaki, Mohammad Jubair Lalu dan rakan sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM5,000.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah kongsi Kampung Pauh Badang kira-kira pada pukul 3 pagi pada 18 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh sudah mengaku salah malah telah memohon satu tarikh ditetapkan untuk fakta kes dan hukuman.

Mahkamah menetapkan hukuman terhadap tertuduh dijatuhkan pada Rabu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI