fbpx

Aziz Bari puji MB Perak hadir program pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz

IPOH – Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari, memuji Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad kerana hadir pada program anjuran mereka di Taiping semalam.

Jelas Abdul Aziz, ia melambangkan politik baru dan politik matang yang amat perlu bagi mengurangkan pergeseran dan perselisihan yang tidak perlu dan melampau.

“Saya mengucapkan tahniah atas ketegasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak kerana mengambil pendekatan politik matang, khususnya kesediaan beliau menghadiri program anjuran pihak pembangkang di Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Saarani merasmikan gelanggang Arena Sukan Aulong di Taiping, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Aulong yang juga Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Saarani turut dilaporkan berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak akan berlaku di Perak.

Tegas beliau, kerajaan negeri masih mendapat sokongan kuat termasuk daripada pembangkang dan akan diteruskan sehingga habis penggal.

Menurut Aziz Bari, sesungguhnya ketegasan itu adalah sesuatu yang baru, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara.

“Kita akur bahawa pendekatan yang dipelopori oleh Menteri Besar itu tidak bertentangan dengan kedudukan dan peranan kerajaan dan pembangkang, khususnya dalam konteks demokrasi Westminster,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI