fbpx

Akaun WeChat PM Australia ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dirakam pada 11 November 2021 menunjukkan logo aplikasi WeChat. - AFP

SYDNEY – Akaun WeChat Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah hilang sekali gus mencetuskan dakwaan ‘gangguan’ daripada China oleh anggota-anggota kanan kerajaan pimpinannya hari ini.

Bagaimanapun, Tencent iaitu firma gergasi China yang memiliki WeChat, menafikan bahawa akaun Perdana Menteri itu digodam atau dipadamkan daripada platform tersebut.

“Berdasarkan maklumat kami, ini merupakan masalah berhubung pertikaian pemilikan akaun. Akaun tersebut pada asalnya,  didaftarkan oleh seorang individu rakyat China sebelum dipindahkan kepada pengendali semasanya iaitu sebuah syarikat perkhdimatan teknologi,” kata seorang jurucakap Tencent.

Akaun Morrison dalam aplikasi media sosial China itu yang dilancarkan pada Februari 2019,  telah digantikan oleh akaun lain berjudul ‘Australian Chinese new life.’ Nama tersebut didaftarkan oleh Fuzhou 985 Technology Co., Ltd. pada 28 Oktober  2021.

Bagaimanapun, akaun berkenaan memiliki hantaran bertarikh dari seawal 1 Februari 2019 termasuk muat naik pertama Morrison yang bermaksud: “Saya amat gembira dapat membuka akaun rasmi WeChat saya.”

Adalah difahamkan bahawa Perdana Menteri Australia itu membuka akaun Weixin yang perlu didaftarkan oleh seseorang di Tanah Besar China berbanding akaun WeChat yang boleh diakses oleh pengguna di luar negara.

Wakil Fuzhuo 985, Huang Aipeng memberitahu saluran berita SBS hari ini bahawa pembelian akaun tersebut adalah sah di sisi undang-undang.

Setakat ini belum ada kenyataan daripada Morrison berhubung perkara tersebut. Bagaimanapun seorang senator partinya menuduh insiden itu didalangi Beijing.

“Apa yang dilakukan oleh pemerintah China dengan menutup akaun Perdana Menteri Australia adalah campur tangan asing dalam demokrasi kita, ” kata Senator James Paterson kepada stesen radio tempatan, 2GB hari ini.

Beliau turut menggesa ahli-ahli politik Australia supaya memboikot WeChat.

Morrison melancarkan akaun WeChatnya untuk berkomunikasi dengan masyarakat Cina Australia menjelang pilihan raya umum negara itu pada 2019. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI