fbpx

20 hektar Hutan Simpan Kekal Relai dijadikan ladang kelapa sawit haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Khalim menggunakan jentolak untuk menebang pokok kelapa sawit yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Relai, Ladang Serasa, Gua Musang hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED

GUA MUSANG – Kira-kira 20 hektar tanah di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Relai, Ladang Serasa di sini telah diteroka secara haram untuk dijadikan tanaman ladang kelapa sawit sejak dua tahun lalu.

Kegiatan didalangi sindiket tempatan itu dipercayai berjaya menjual ladang kelapa sawit tanpa geran dengan pada barga semurah RM6,000 seekar atau RM14,400 sehektar kepada pembeli dari luar Kelantan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Abdul Khalim Abu Samah berkata, ramai berminat membeli tanah di kawasan itu ekoran harga ditawarkan terlalu rendah meskipun mengetahui status sebenar ladang merupakan kawasan HSK yang diteroka secara haram.

“Kita juga mendapati permintaan pihak tertentu yang membeli tanah tanpa geran itu amat tinggi malah mereka hanya perlu membayar deposit sahaja untuk memiliki tanah tersebut.

“Hasil risikan dan pemantauan pihak kami, kegiatan sama turut dikesan di sekitar HSK Ulu Galas dan beberapa HSK lain di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di HSK Relai, Ladang Serasa di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Khalim bersama 81 kakitangan JPNK, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyertai Ops Khazanah di kawasan itu.

Dalam operasi tersebut, sebanyak empat jentolak digunakan untuk memusnahkan ladang kelapa sawit haram tersebut dan kerja-kerja terbabit dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari.

Mengulas lanjut, Abdul Khalim berkata, berdasarkan usia pokok, sindiket itu sudah mengusahakan kawasan yang diteroka secara haram sejak kira-kira dua tahun lalu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI