fbpx

Vida nak taja Yassin buat gigi baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vida berhasrat menaja kos membuat gigi untuk Yassin agar tampil lebih kacak selepas ini.

PETALING JAYA – “Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda dah tak ada gigi, isteri lawa”.

Demikian hasrat yang disuarakan usahawan kosmetik sensasi yang juga penyanyi, Datuk Seri Vida yang ingin menaja kos bagi membuat gigi baharu Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Yassin Yahya.

Hasrat tersebut dilakukan Vida menerusi satu komen dalam Instagram sebuah portal hiburan sekali gus mahu anggota kumpulan Senario itu tampil lebih yakin dengan gigi yang cantik.

“Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome (kacak) ada gigi penuh,” tulis Vida.

Terdahulu, Yassin mengulas mengenai kisah isterinya yang tiba-tiba tular dan menjadi perhatian ramai menerusi laman TikTok.

Meninjau rungan komen, netizen pantas melakukan kerja-kerja mengecam Vida dan menyifatkan hasrat pelantun lagu I Am Me itu hanya sekadar mahu menumpang populariti Yassin.

“Asal ada cerita artis je, mulalah dia masuk daun. Mulalah menyibuk menumpang populariti sana sini.

“Jumpa je Yassin tu. Tak pun DM (mesej) dia sendiri. Tak payah nak bagi tahu semua orang dalam media sosial.

“Datuk sponsor (taja) buat muka sendirilah. Sayang dah tua-tua sama je macam tu juga,” tulis netizen.

Namun dalam diihimpit kecaman, Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 51, turut menuai pujian atas hasrat murninya tersebut.

“Datuk sungguh berhati mula, suka membantu dan banyak bersedekah. Jangan peduli apa orang cakap janji Datuk gembira
dan semakin kaya.

“Inilah cara dan identiti Datuk yang tidak ada pada orang lain. Adatlah kan. Ada yang suka ada yang tidak,” tulis warganet. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI