fbpx

Seekor lagi bangkai penyu dijumpai mati di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai penyu agar yang ditemui di Pantai Kelulut, Marang hari ini.

MARANG – Seekor lagi penyu ditemui mati di Terengganu hari ini, kali ini di pesisir Pantai Kelulut di sini.

Bangkai penyu agar betina sepanjang kira-kira 0.82 meter itu dijumpai oleh penduduk kampung di pesisir pantai berkenaan pada pukul 10.30 pagi.

Penemuan bangkai penyu terbaharu tersebut menjadikan setakat ini, sebanyak 11 ekor haiwan reptilia itu telah ditemui mati di perairan Terengganu sejak awal tahun ini yang baru masuk 23 hari.

Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, siasatan awal percayai kematian penyu agar betina tersebut disebabkan tertelan sisa plastik.

“Berdasarkan keadaan bangkainya yang sudah mereput, kita percaya penyu ini sudah mati sekurang-kurangnya empat hari lalu.

“Bangkainya telah terdampar di Pantai Kelulut sebelum dijumpai orang awam,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seekor penyu agar dewasa ditemui mati di perairan Pulau Kapas di sini pada pukul 11 pagi.

Berdasarkan penemuan tali yang mengikat sebahagian badan penyu itu, kematiannya dipercayai disebabkan lemas selepas terperangkap di dalam pukat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI