fbpx

PRN Johor: Pas Johor intai penyatuan MN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pas Johor berharap masih ada sinar harapan buat penyatuan Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri (Johor) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin berkata, satu perbincangan mengenai perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad tidak lama lagi.

Katanya, antara perkara utama yang akan dibincangkan itu nanti tertumpu kepada usaha menjayakan wadah perjuangan ummah antara UMNO serta Pas di bawah payung MN.

“Buat masa ini, kita sedang berusaha ke arah itu (penyatuan MN). Kita sudah berhubung dengan pihak UMNO Johor dan telah mendapat respon untuk berjumpa dengan Menteri Besar.

“InsyaAllah, satu perbincangan akan dapat dilakukan dalam suasana yang positif dalam masa terdekat hasil hubungan baik antara kedua-dua parti.

“Pas Pusat juga telah memberikan lampu hijau buat Pas Johor supaya menjayakan usaha penyatuan MN itu, harapnya kita dapat mencapai persefahaman bagi tujuan tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Pada PRN Melaka, Pas membuat keputusan untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah Perikatan Nasional (PN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI