fbpx

PRN Johor: Bersatu senarai pendek calon bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Nasir Hashim

JOHOR BAHRU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada PRN yang akan diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md. Nasir Hashim berkata, pembahagian kerusi di antara parti gabungan di bawah Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun masih belum dimuktamadkan lagi.

Yang pastinya, beliau memberitahu, PN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Johor.

“Kita sudah menjangkakan PRN Johor akan diadakan dan sudah bersiap sedia dari pelbagai aspek untuk menghadapinya. Kita juga telah membuat senarai pendek calon-calon yang akan bertanding.

“Bagi soal pembahagian kerusi pula, ia sudah dibincangkan pada peringkat awal dan akan dimuktamadkan sedikit masa lagi.

“Saya kira Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat pengumuman mengenai calon yang diletakkan pada minggu depan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI