fbpx

PRN Johor: Ada kurang yakin kemampuan parti sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril.

PETALING JAYA – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menegaskan dakwaan pihak yang mengaitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan kluster mahkamah adalah terasasar melainkan ada yang kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri.

Beliau berkata, keputusan yang diambil langsung tidak memberi kesan kepada ‘pemisahan kuasa’ antara badan eksekutif dan badan kehakiman.

Menurutnya, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Johor berada dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.

Katanya, kesemua faktor utama telah dipertimbangkan oleh semua pihak sebelum mengambil keputusan untuk membubarkan DUN Johor.

“Kita terima keputusan ini dan berharap pilihan raya ini dapat memberi mandat baharu untuk sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan akan terus berkhidmat untuk rakyat.

“Namun, seperti mana-mana PRN sebelum ini, kita perlu sentiasa mengingatkan sesama kita bahawa tidak kiralah kestabilan atau kuasa, jangan kita sesekali merosakkan segala usaha kita dalam memulihkan negara berikutan pandemik Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, UMNO turut yakin dengan institusi seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus menyeimbangkan kemudahan urusan rakyat bagi memenuhi hak demokrasi dan keselamatan rakyat secara umumnya.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah masuk gelanggang dalam hampir kesemua Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN sebelum ini tidak pula dikaitkan,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI