WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung hujung bulan ini disebabkan penularan varian Omicron di negara itu.
Ardern telah mengetatkan sekatan Covid-19 di negara itu selepas sembilan kes berkaitan Omicron dikesan menerusi jangkitan daripada seorang pramugari.
Antara sekatan terbaharu yang dikenakan adalah pengumpulan hanya 100 individu divaksin penuh dalam mana-mana majlis keramaian.
“Majlis perkahwinan saya tidak akan diteruskan. Sama seperti ramai lagi rakyat New Zealand lain, ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan di musim pandemik ini.
“Kepada mereka yang turut terkesan dalam situasi sama seperti saya, saya mohon maaf,” kata Ardern dalam satu sidang akhbar.
Tambah Ardern, meskipun berasa sedih kerana tidak dapat meneruskan perkahwinan seperti yang dirancang namun beliau lebih risau jika penerusan majlis akan mengundang kesan lebih buruk.
Ardern dan pasangannya, Clarke Gayford tidak pernah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka namun dipercayai ia dijadualkan sekitar hujung bulan ini.
Sekatan baharu Covid-19 yang ditetapkan untuk kekal sehingga sekurang-kurangnya akhir bulan depan. – AFP