fbpx

Lelaki pakai lampin dewasa harap bertemu cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini berharap boleh bertemu dengan wanita yang sanggup menerima keadaannya dengan rela hati. - Kennedy News and Media

LONDON – Seorang lelaki yang terpaksa memakai lampin dewasa kerana masalah kesihatan kini mencuba nasib untuk mencari cinta, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.

Marc Spaganuolo, 35, terpaksa memakai lampin dewasa pada setiap masa kerana menghidap sindrom sistem saraf tepi yang rosak dan menyebabkan otaknya tidak menerima isyarat daripada pundi dan usus jika mahu membuang air kecil atau besar.

Menurut Spaganuolo, dia berdepan masalah itu sejak berusia 15 tahun apabila sering kencing atas tilam dan dibawa berjumpa doktor apabila masalah itu tidak berhenti ketika usianya mencecah 25 tahun.

“Pada mulanya, ia sangat memalukan untuk memaklumkan kepada orang mengenai keadaan saya.

“Namun sejak akhir-akhir ini, saya cuba berkongsi pengalaman menerusi TikTok dengan harapan individu yang berdepan masalah serupa untuk berhenti daripada bersembunyi,” jelasnya.

Mula aktif membuat kandungan di TikTok pada September tahun lalu, Spaganuolo menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen yang memuji keberaniannya mendedahkan perkara sebenar.

Dalam masa sama, lelaki itu  tidak menafikan sikap terbuka mengenai penyakitnya membuatkan dia sukar didekati wanita namun enggan berputus asa.

“Saya juga mempunyai impian untuk bercinta dan membina kehidupan berkeluarga. 

“Penyakit ini menjadikan ramai wanita geli untuk berkenalan dengan saya tetapi saya positif akan ada yang sanggup menerima saya seadanya suatu hari nanti,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI