fbpx

Lelaki belasah anak kecil kerana dimarahi isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek telah ditangkap oleh polis selepas mengaku membelasah isteri dan anaknya. – Junaedi

JAKARTA – Gara-gara berang dimarahi isterinya kerana pulang dalam keadaan mabuk, seorang lelaki tergamak memukul wanita tersebut dan menendang anaknya yang berusia tiga tahun, lapor laman berita Kompas hari ini.

Suspek yang hanya dikenali sebagai MGM, 32, dari wilayah Sulawesi Utara didakwa memukul isterinya, GK, 23, dan anak mereka pada Khamis lalu.

Ketika kejadian, mangsa bertindak merakam perbuatan suspek dan memuat naik di akaun media sosial sehingga menjadi tular.

“Insiden itu tercetus apabila suspek berasa berang kerana dimarahi isterinya selepas dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

“Ketika kejadian pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) itu, mangsa merakam tindakan suspek dan memuat naik di akaun Facebook miliknya sejam kemudian,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Utara, Komisioner Polis Jules Abraham.

Selepas kejadian itu menjadi tular, polis menjalankan siasatan yang membawa kepada penangkapan suspek pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) hari yang sama.

Suspek kemudiannya mengakui telah memukul anak dan isterinya.

“Suspek mengaku bahawa dia ada melempar sebuah telefon bimbit ke arah mangsa, membelasah dan menendang anaknya.

“Suspek masih menjalani pemeriksaan di Balai Polis Sangihe dan dia ditangkap serta diambil keterangan,” kata Jules. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI