fbpx

14 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waris menziarahi kubur ahli keluarga, di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak, di sini hari ini - Foto SHIDDIEQIIN ZON

PUTRAJAYA – Sebanyak 14 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 31,882 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Selain itu, tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID kekal 6,426 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Johor (2), Kedah (2), Perak (2), Selangor (2), Terengganu (2), Melaka (1), Pahang (1), Sabah (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 44,088 kes aktif melibatkan 37,167 kes dikuarantin di rumah, 3,890 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,890 kes di hospital, 79 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 62 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI