fbpx

Kempunan nak jual mercun, bunga api RM87,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Zailani (dua kanan) menunjukkan pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas dalam Ops Khas Sempena Tahun Baharu Cina di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Bekalan mercun bernilai RM87,000 yang dipercayai untuk sambutan Tahun Baharu Cina tak sempat dijual apabila dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam serbuan di sebuah premis di kawasan Taman Puteri Wangsa, di sini tengah malam semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, dalam serbuan pukul 12.15 tengah malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang menyimpan bekalan mercun tersebut.

“Dalam serbuan Ops Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina, PPM Wilayah 2 merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM87,000 dalam serbuan tersebut.

“Pemeriksaan ke atas sebuah premis telah menemui sejumlah 67 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhd. Zailani berkata, kes disiasat dibawah kesalahan Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI