fbpx

Kemas perinci garis pandukan petugas aktif politik – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI Yaakob beramah mesra bersama petugas Kemas pada Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Kemas Daerah Bera di Pejabat Kemas Daerah Bera di Bera, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan memperincikan garis panduan kebenaran bergiat aktif dalam politik membabitkan petugasnya.

Perdana Menteri berkata, garis panduan tersebut nanti akan memperincikan segala aspek termasuk berkaitan jawatan politik bagi memastikan ia tidak menjejaskan tugas hakiki mereka.

“Saya hanya umumkan kebebasan golongan pendidik seperti guru dan petugas Kemas untuk kembali bergiat aktif dalam politik sebagai mana rakyat lain.

“Segala perinciannya akan tentukan oleh Kemas, cuma saya berharap ia jangan menjejaskan tugas hakiki mereka,”katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri menyatakan golongan pendidik seperti guru dan petugas Kemas dibenarkan bergiat aktif dalam politik berkuat kuasa serta-merta.

Ismail Sabri dilaporkan berkata serentak dengan itu pekeliling terdahulu yang memberi amaran dan menyekat golongan pendidik daripada berpolitik sudah tidak terpakai.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kebenaran berpolitik pernah diberikan kepada golongan pendidik namun semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara perkara itu disekat.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, beliau berharap pihak Kemas akan segera memperincikan garis panduan tersebut.

“Kemas sudah pun ada peraturan. Jadi lihat kembali peraturan sedia ada dan buat perubahan atau penambahbaikan,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI