fbpx

Jutawan pakaian muslimah bermula modal RM400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL ELIANA (berdiri, empat dari kiri) bersama kakitangan Hermosa Wear yang menjadi tulang belakang syarikat.

SHAH ALAM – “Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mesti dapat dilihat dan diketahui oleh pelanggan,” tegas Pengasas Hermosa Wear, Nurul Eliana Ab. Rashid.

Menurut bekas jurutera ini, itu antara resepi kejayaan yang dipegang teguh beliau selepas menyertai program bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).

“Buat orang nampak. Kalau awak ada bisnes yang hebat dan produk yang turun dari langit sekalipun, ia hanya sia-sia sekiranya pelanggan tidak mengetahui kewujudannya.

“Sasaran pelanggan juga perlu tepat. Sekiranya produk kita ditawarkan kepada kumpulan yang tidak sepatutnya, sasaran yang cuba kita capai takkan berhasil,” kongsi Nurul Eliana yang memulakan perniagaan dari rumah dengan modal hanya RM400.

Bermula pada 2016 dengan menjual kain secara borong untuk memperbaiki ekonomi keluarga, Nurul Eliana kini telah mengeluarkan produk sendiri, malah mampu membantu orang lain menjana pendapatan.

Tahun lalu, Hermosa Wear yang menjual pakaian mesra muslimah meraih jualan RM4.9 juta melalui penawaran lebih 100 koleksi pakaian seperti Clarita Tunic dan Avani Dress yang mendapat sambutan baik.

Cerita Nurul Eliana, beliau sebelum ini pernah takut untuk mengambil pekerja kerana sukar untuk mempercayai orang lain.

“Hari ini saya mempunyai 18 pekerja, sebenarnya kita perlu ada ilmu kepimpinan dan itu antara skil paling mahal yang saya pelajari dari RichWorks selain ilmu perniagaan lain,” ujarnya yang memiliki sekitar 6,000 dropship.

Mereka yang berminat menjana pendapatan tambahan untuk membantu keluarga boleh layari www.hermosawear.com.my. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI