fbpx

Johor antara empat negeri buka PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 218 orang daripada 49 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah setakat pukul 4 petang hari ini.

Menurut laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara, PPS dewan Raya Kampung Skudai Kiri telah dibuka di Daerah Johor Bahru bagi menempatkan 24 mangsa daripada 4 keluarga yang terkesan insiden kebakaran.

“Di Selangor, PPS dewan Sri Siantan Jalan Sungai Tua pula menempatkan 39 mangsa daripada 11 keluarga yang terkesan akibat tanah runtuh.

“Manakala, jumlah mangsa Sabah mencatatkan 97 mangsa daripada 21 keluarga yang berada di PPS dewan Kebudayaan Penampang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Pulau Pinang melibatkan 54 mangsa daripada 12 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Seberang Perai Selatan.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah sehingga lewat petang ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI