JIKA jadual harian terlalu padat, memang tiada masa hendak bercinta. Sepertinya itu yang berlaku kepada aktres cantik Intan Najuwa.
Menjawab soalan netizen dalam Instagramnya baru-baru ini yang bertanya adakah dia mempunyai kekasih, Intan memberitahu, jadual hariannya terlalu sibuk dan tiada masa untuk bercinta.
“Tiada, macam mana hendak ada kekasih. Dalam sehari ada 24 jam. Selama 16 jam bekerja, lima jam untuk belajar, manakala tiga jam lagi waktu tidur.
“Nak bertemu Jani juga susah, eh peninglah. Kalau ada kekasih pun, dia lari,” jawabnya.
Alahai padat sungguh jadualnya. Mungkin Intan perlu cari lelaki yang memahami, Insya-Allah akan dipertemukan nanti.
DIVA: Hubungan Nafiez Zaidi dengan Fiffy Azmy semakin hari semakin mendapat restu ramai. Harap berkekalan hingga je jenjang pelaminlah ya.