fbpx

3,856 kes Covid-19; 492 kes import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 kekal melebihi kes sembuh dengan 3,856 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,832,945 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 492 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kes sembuh pula mencatatkan 2,814 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh di Malaysia sebanyak 2,755,933 kes.

“Terdapat 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster aktif sebanyak 235 kluster serta 6,071 kluster tamat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 143 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI