fbpx

18 penumpang, seorang pemandu cedera, bas rempuh belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah bas yang remuk selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 132.6 LPT 1 di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seramai 18 penumpang bas mengalami detik mencemaskan selepas bas ekspres dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori treler yang sedang bergerak di Kilometer 132.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu menyebabkan kesemua penumpang dan seorang pemandu bas mengalami kecederaan ringan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ismail Abdul Ghani berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada 18 penumpang dan seorang pemandu tidak tersepit.

“Bomba yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 4.16 petang mengeluarkan mangsa dari dalam bas dan memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut.

“Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan kesemua penumpang dan pemandu bas serta pemandu lori hanya mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI