fbpx

UMNO yakin ada peluang besar menang PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan sekaligus menubuh kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, sehubungan itu pihaknya bersedia untuk meletakkan calon untuk jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Katanya, jentera parti juga sudah bersedia dan mereka menunjukkan semangat yang tinggi.

“Peluang UMNO (untuk menang PRN Johor) amat baik sekali, keyakinan kita tinggi dan kita berharap akan dapat bertanding lebih banyak kerusi berbanding PRU-14 lalu.

“Soal pengagihan kerusi masih belum diputuskan dan ia akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan ketiga-tiga parti komponen dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat UMNO Johor selepas pulang daripada mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon pembubaran DUN Johor.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI