fbpx

Tun Mahathir ‘trending’ di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan nama Tun Dr. Mahathir menjadi antara topik hangat yang sedang diperkatan oleh rakyat Malaysia ketika ini.

PETALING JAYA – Susulan perkhabaran mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilaporkan sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini telah mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mendoakan kesejahteraan beliau.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, namanya kini menjadi ‘trending’ di semua platform seperti Twitter, Instagram, Facebook dan Google dengan menggunakan tanda pagar Tun M.

Sementara itu, orang ramai dilihat sedang hangat memuat naik hantaran serta ciapan yang mengharapkan kesembuhan bekas Perdana Menteri itu.

Terbaharu, anaknya, Datin Marina Mahathir melalui satu kenyataan memaklumkan keadaan bapanya ketika ini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

Dalam pada itu, meninjau ke platform media sosial, seorang pengguna @jueabbas berharap agar proses rawatan Tun Dr. Mahathir berjalan dengan lancar.

Katanya, beliau merupakan seorang pemimpin yang terbaik.

Seorang pengguna lain turut bersedih apabila mendapat berita mengenai perkara itu.

“Sedih juga bila tahu Tun M sakit, sumbangan dia selama ini bukan sikit dan kita perlu menghargai kebaikannya,” ciap Adib.

Pengguna dengan nama Izzudin Ibrahim mendoakan agar rawatan yang sedang dijalankan oleh pemimpin tersohor itu dipermudahkan dan Allah memanjangkan usia beliau.

“Idea bernasnya masih diperlukan di negara ini. Semoga Allah mempermudahkan rawatan dan memanjangkan usianya,” tulisnya.

Sebagai rekod, dalam tempoh lebih sebulan ini, Tun Dr. Mahathir telah dimasukkan ke IJN sebanyak tiga kali dan kali terakhir adalah pada 17 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI