PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Anaknya, Datin Marina Mahathir melalui satu kenyataan memaklumkan keadaan bapanya ketika ini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.
“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.
“Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan keluarga memohon agar rakyat Malaysia mendoakan semoga beliau sembuh sepenuhnya,” katanya sebentar tadi.
Tambah Marina, sejak dua hari lepas Dr. Mahathir dirawat di IJN lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu. – K! ONLINE.