fbpx

Tiada penemuan mayat operasi ketiga Ops Carilamat bot PATI karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM melakukan rondaan dalam operasi SAR ke atas tiga lagi PATI yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI – Tiada penemuan baharu ke atas tiga lagi mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian bot karam di Teluk Ramunia di sini, Khamis lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Ops Carilamat yang memasuki hari ketiga hari ini melibatkan 41 petugas.

Jelasnya, pasukan carilamat terdiri daripada Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mengesan baki mangsa yang belum ditemui.

“Pencarian dimulakan pada pukul 7 pagi dengan melibatkan keluasan 35.82 batu nautika persegi di laut sekitar perairan Tanjung Sepang sehingga Pengerang dengan kekuatan tujuh aset daripada Maritim Malaysia serta agensi sahabat.

“Pencarian di pesisir pantai dilakukan oleh pasukan penyelamat sejauh 20 kilometer turut melibatkan bantuan dron milik JBPM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi pencarian di laut akan ditangguhkan selepas matahari terbenam dan disambung semula pada pukul 7 pagi keesokan hari manakala pencarian di darat akan diteruskan juga pada waktu malam di kawasan pesisir pantai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI