fbpx

Sultan Ibrahim perkenan bubar DUN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan untuk PRN Johor.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada pukul 5 petang di Istana Bukit Serene di sini.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar.

Pada pertemuan itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

Berita berkaitan: Sah, PRN Johor bakal diadakan

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI