fbpx

Prihatin, DXN beri sumbangan bernilai RM1.56 juta kepada mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aizuddin hadir pada Program Sentuhan Kasih Prihatin X DXN di Koptown EDC Hotel di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 500 mangsa banjir menerima sumbangan barangan elektrik, makanan dan pakaian bernilai RM1.56 juta menerusi Program Sentuhan Kasih Prihatin X DXN di Koptown EDC Hotel di sini hari ini.

Program tersebut hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), DXN Holdings Berhad dengan sokongan Badan Amal Warga Asnaf (BAWA).

Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin, Datuk Aizuddin Ghazali berkata, sumbangan terbabit merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi korporat dalam mengurangkan beban mangsa banjir.

“Program ini juga dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berdepan cabaran bersama-sama dan hidup sebagai Keluarga Malaysia yang membantu antara satu sama lain.

“Kejadian bencana banjir ini amat memberi kesan terhadap nasib masyarakat yang kehilangan harta benda, tempat tinggal termasuk kehilangan ahli keluarga,” katanya ketika program tersebut di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, bencana banjir yang melanda pada tahun ini amat luar biasa walaupun ia berlaku hampir setiap tahun.

“Saya berharap badan organisasi lain turut sama menyumbang bantuan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.

“Kita juga akan terus memperkasakan program seumpama ini pada masa hadapan bagi membantu individu yang kurang bernasib baik,” jelasnya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI