fbpx

Post-mortem badan siasatan bebas gagal – Dell Akhbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DELL AKBAR mendedahkan post-mortem badan siasatan bebas Harimau Malaya gagal, manakala laporan diberikan kepada FAM diakui tidak seimbang. – FAM

BADAN siasatan bebas skuad Harimau Malaya gagal mendapatkan kerjasama penuh untuk melakukan post-mortem susulan kegagalan pasukan pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura bulan lalu.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh bekas Ke­tua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan mengesahkan laporan penuh telah diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melakukan tindakan susulan.

Kata Dell Akbar, laporan yang diberikan juga tidak begitu seimbang kerana tidak dapat menemu bual bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan pembantunya, S. Balachandran mengenai situasi semasa pasukan di Singapura.

“Laporan yang dibuat agak mengecewakan kerana saya hanya dapat menemu bual pihak persatuan seperti Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin), pengurus pasukan (Datuk Yusoff Mahadi) dan pemain menerusi kapten pasukan (Aidil Zafuan Abd. Radzak).

“Namun, menerusi aspek teknikal saya tidak dapat bertentang mata dengan Cheng Hoe yang hanya mahu memberi keterangan menerusi perbualan telefon dan keputusan yang saya dapat tidak begitu komprehensif.

“Ini kerana Cheng Hoe me­ngatakan dia gagal mendapatkan pemain utama tetapi presiden FAM pula berkata sebaliknya yang mana setiap pemain yang dimahukan akan diusaha bawa ke Singapura,” kata Dell dalam sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Mengulas lanjut, Dell menyatakan antara punca pasukan Harimau Malaya tersingkir awal pada kejohanan dwitahunan itu adalah ketiadaan pemain utama serta tempoh persiapan yang singkat.

“Ketiadaan pemain utama menjadi salah satu faktor utama selain tempoh persiapan singkat kerana penganjuran Piala Malaysia 2021 yang masih berlangsung sepanjang November 2021 menjejaskan persiapan Harimau Malaya.

“Selain itu, sasaran yang dilakukan secara sendirian (tanpa berbincang) oleh pengurus pasukan turut menjadi satu bentuk tekanan kepada pasukan kejurulatihan dan pemain-pemain,” katanya lagi.

Skuad Harimau Malaya kendalian Cheng Hoe sebelum ini diletakkan sasaran ke pentas final tetapi tersingkir di peringkat kumpulan selain turut tewas memalukan oleh negara seteru, Vietnam dan Indonesia bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI