fbpx

PM hadir melawat Tun M di IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Institut Jantung Negara (IJN) bagi melawat Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Kenderaan Ismail Sabri dilihat masuk ke pekarangan IJN pada pukul 5.35 petang tadi.

Perdana Menteri melalui Twitternya turut mengesahkan telah tiba di IJN sebentar tadi untuk menziarahi Dr. Mahathir.

“Saya turut bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di IJN tadi dan berharap keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad terus tabah,” ciapannya.

Ismail Sabri bertemu dengan Tun Siti Hasmah dan Tan Sri Mokhzani semasa melawat Tun M di IJN sebentar tadi.

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), pusat perubatan tersebut.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau masih belum dapat dipastikan dengan pengamal media masih lagi menanti di pekarangan di sini sejak pukul 1 petang tadi.

Difahamkan, satu kenyataan akhbar dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI