fbpx

PGA patahkan cubaan seludup ganja RM4.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Noh (kanan) menunjukkan sebahagian ganja yang dirampas di Padang Besar semalam. Foto SHAHIR NOORDIN

BUKIT KAYU HITAM – Sebanyak 88 kilogram (kg) dadah jenis ganja bernilai RM4.4 juta dirampas Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba diseludup dari Thailand ke negara ini di Padang Besar, Perlis semalam.

Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd. Noh Khamis berkata, penemuan dadah bermula selepas pihaknya dapat menjejak kelibat dua lelaki di kawasan pagar berduri dekat Jalan Stesen Kereta Api Padang Besar pada pukul 9.08 malam tadi.

Katanya, dua lelaki itu dilihat keluar dan masuk ke negara ini berhampiran pagar keselamatan sempadan tersebut.

“Dalam gelap, mereka kemudiannya meninggalkan sesuatu di kawasan semak berdekatan pagar keselamatan.

“Pihak kami yang melakukan intipan kemudiannya menunggu sama ada terdapat mana-mana pihak datang dari sebelah negara ini untuk mengambil bungkusan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noh, setelah menunggu selama kira-kira setengah jam, pihaknya mendapati tiada pihak yang datang ke situ.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ada tujuh plastik hitam berisi88 ketulan mampat dadah di kawasan semak di situ,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI