fbpx

Perjuangan selebriti melawan kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIARPUN tidak diiktiraf sebagai penyakit pembunuh nombor satu negara, kanser ternyata menjadi mimpi ngeri buat ramai.

Golongan selebriti juga tidak terlepas daripada menghidap kanser yang turut dikenali sebagai barah.

Jika di Malaysia, perjuangan penyanyi dan pelakon Elyana melawan kanser limfoma sejak 10 tahun antara yang meraih simpati umum.

Berkat semangat yang tidak pernah luntur, dia kini disahkan bebas daripada penyakit pembawa maut itu pada akhir tahun lalu.

Gala minggu ini menelusuri perjalanan beberapa selebriti dunia yang pernah bertarung nyawa melawan kanser dalam hidup. Mereka tersenyum saat menang, tidak kurang juga ada yang meninggalkan alam fana dengan sebuah catatan hidup penuh inspirasi. Mereka pejuang!.

Sonali Bendre

Sejak didiagnosis menghidap kanser mestatasis pada Julai 2018, bintang filem Hamara Dil Aapke Paas Hai, Sonali Bandre menjalani rawatan di New York, Amerika Syarikat selepas dipaksa suaminya. Di New York, selain menjalani sesi kemoterapi, Sonali juga mengambil keputusan membotakkan kepalanya.

Dia juga pernah menyalahkan diri kerana menghidap penyakit pembawa maut tersebut sehingga terpaksa mendapat rawatan dengan pakar psikiatri di New York.
Ternyata usaha pertemuan dengan pakar psikiatri membuka matanya untuk menjadi lebih kuat melawan kanser yang sudah berada di tahap empat.

Tidak berahsia mengenai penyakitnya, Sonali aktif memuat naik pelbagai perkongsian mengenai kehidupan seharian, selain momen bertarung dengan penyakit kanser.
Selepas enam bulan dirawat, dia akhirnya sembuh dan kembali ke tanah air dan terus memberi inspirasi kepada semua pejuang kanser seluruh dunia.

Kim Woo-bin

INDUSTRI hiburan Korea Selatan pernah dikejutkan dengan berita aktor popular, Kim Woo-bin yang disahkan menghidap kanser tekak atau nasopharyngeal pada Mei 2017. Disebabkan penyakit tersebut, aktor yang terkenal menerusi drama The Heir itu mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu.

Tidak mempunyai masalah keguguran rambut sepanjang proses rawatan, Woo-bin bagaimanapun mengalami penurunan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Selepas tiga tahun bertarung dengan penyakitnya, Woo-bin akhirnya disahkan bebas daripada kanser sekitar 2019 dan kini mula kembali aktif dengan kerjayanya.

Chadwick Boseman

PADA 28 Ogos 2020, industri hiburan dunia dikejutkan dengan kematian pemain watak Black Panther, Chadwick Boseman akibat kanser usus tahap empat.
Pemergiannya diratapi malah ramai yang tidak mengetahui dirinya menghidap kanser sejak tahun 2016.

“Boseman telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha berjuang sehingga penyakit itu mencapai tahap empat.

Pelakon yang meninggal ketika berusia 43 itu dikatakan seorang pejuang sejati. Boseman menghadapi dugaan dengan tabah dan sempat membawa watak dalam dunia filem yang cukup untuk meletakkan namanya sebagai kejora di hati ramai.

Julia Perez

SELEPAS berjuang melawan kanser serviks sejak tahun 2014, bintang Indonesia, Julia Perez disahkan meninggal dunia pada 10 Jun 2017.
Julia yang disahkan menghidap kanser serviks atau barah pangkal rahim sejak tahun 2014 itu pernah dikatakan bebas daripada penderitaan pada 2016.

Pemergiannnya diratapi seluruh Indonesia kerana dianggap sebagai satu kehilangan besar untuk industri seni tanah air.
Paling mengejutkan, pada tahun 2018, adiknya iaitu Nia Anggini pernah mendedahkan punca utama kakaknya dijangkiti kanser ialah kerana hubungan seksual.

“Menurut pihak doktor, 90 peratus puncanya ialah daripada hubungan seksual dan kemungkinan juga berpunca daripada faktor pemakanan tidak sihat,” katanya dalam satu temu bual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI