fbpx

Penyudah Jota sudah berkelas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (kanan) muncul wira Liverpool apabila meledak dua gol menewaskan Arsenal pada aksi separuh akhir EFL awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui puas apabila menyaksikan pasukan­nya melangkah ke pentas final Piala Liga Inggeris (EFL) selepas menewaskan Arsenal 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, The Reds tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan Arsenal menerusi dua gol daripada Diogo Jota sekali gus menempah tiket ke Stadium Wembley untuk aksi final pertama saingan EFL sejak edisi 2016.

Kata Klopp, sasaran mereka adalah menjuarai trofi EFL menjelang aksi final menentang Chelsea yang dijadualkan berlangsung bulan depan bagi menaikkan motivasi pasukan dalam usaha memburu lebih banyak kejuaraan musim ini.

“Saya gembira apabila melangkah ke final tetapi saya agak risau kerana kami akan menentang pasukan yang cukup berkualiti seperti Chelsea. Namun, saya pasti pemain sudah tidak sabar kerana peluang untuk bersaing di Wembley memberi pengalaman istimewa.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu memikirkan aksi final kerana kami akan mengharungi banyak perlawanan lagi sepanjang bulan ini dan Februa­ri. Apa yang penting, barisan pemain bebas daripada masalah kecederaan dan semua bersedia 100 peratus,” katanya.

Mengulas perlawanan menentang The Gunners, Klopp menegaskan, pasukannya berhak untuk menang selepas mendominasi sepenuhnya 90 minit perlawanan selain memuji penyudah tajam yang dilakukan oleh Jota.

“Saya sangat gembira dengan apa yang dipamerkan oleh pasukan dan Jota telah membuktikan dia antara penyerang berkelas dunia. Pelaburan kami untuk mendapatkan khidmatnya daripada Wolverhampton sangat berbaloi,” katanya – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI