fbpx

Pelaksanaan dan prestasi inisiatif Bajet 2022 kini dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PUTRAJAYA – Kerajaan tekad dalam memastikan pelaksanaan yang teratur bagi kesemua strategi digariskan menerusi Bajet 2022 bernilai RM332.1 bilion demi kesejahteraan rakyat, sektor perniagaan berdaya tahan dan memacu pertumbuhan ekonomi makmur serta mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan itu, Jawatankuasa Pemantauan Bajet (JPB) 2022 telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan dan prestasi inisiatif-inisiatif di bawah belanjawan negara serta mencadangkan penyelesaian, intervensi dan perubahan polisi yang sesuai.

“Proses pemantauan akan melibatkan kerjasama rapat dengan kementerian dan agensi pelaksana bagi memastikan penyaluran manfaat Bajet 2022 dan penyampaian perkhidmatan awam efisien dan efektif.

“Selain itu, JPB 2022 juga akan meneliti tahap keberhasilan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2022 dan mempertimbangkan semula jumlah peruntukan bagi inisiatif-inisiatif berkaitan, jika perlu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pakar-pakar industri akan dijemput menghadiri mesyuarat JPB 2022 untuk memberi maklum balas profesional dan kerajaan juga mengalu-alukan maklum balas rakyat, sektor perniagaan serta masyarakat sivil mengenai pelaksanaan Bajet 2022 yang boleh dikongsi melalui talian hotline 03-88824666.

“Berkaitan dengan bencana banjir yang meninggalkan impak lebih teruk dari tahun-tahun sebelum ini, kerajaan ingin menegaskan bahawa pelaksanaan agenda kelestarian juga diberi perhatian khusus di dalam penyediaan Bajet 2022.

“Sejumlah RM450 juta diperuntukkan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan biodiversiti dan penerbitan Sukuk Kelestarian bernilai RM10 bilion bagi mencapai strategi pembangunan mampan negara,” ujar beliau.

Tambahnya, kerajaan juga berharap agar semua segmen Keluarga Malaysia bekerjasama dalam menjayakan pelaksanaan langkah-langkah Bajet 2022 bagi kesejahteraan bersama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI