fbpx

Pelajar perempuan dipaksa makan dari tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN sekolah itu bertindak mengelap wafel sebelum memaksa pelajar perempuan itu memakannya. - cleveland19

LORAIN, OHIO – Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun dilaporkan dipaksa oleh seorang ketua guru dan pekerja kantin untuk makan makanan yang dibuangnya ke dalam tong sampah, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Kejadian yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan situasi ketika gadis itu yang pada awalnya membuang sekeping wafel ke dalam tong sampah sebelum dikutip kembali oleh seorang kakitangan sekolah dan mengelapnya menggunakan kain pengelap.

Kakitangan Sekolah Palm Elementary di daerah Lorain, negeri Ohio itu kemudiannya dilihat menghulur wafel tersebut dan memaksa pelajar berkenaan memakannya, demikian menurut seorang peguam yang mewakili keluarganya. 

Menurut ibu kepada pelajar itu, LaTosha Williams, anak perempuannya menjadi tidak sihat selepas memakan wafel itu yang menyebabkan dia hilang pekerjaan kerana perlu menjaganya di rumah.

Sekolah di bandar Lorain di mana rakaman berkenaan tersebar pada 19 Januari lalu, melakukan siasatan selepas ibu kepada pelajar berkenaan datang ke sekolah untuk membuat aduan, lapor akhbar Daily Star.

Menurut pejabat pendidikan daerah itu, pengetua sekolah berkenaan menerima aduan tersebut namun gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, laporan baharu mendedahkan bahawa ketua guru dan kakitangan tersebut telah dibuang kerja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI