fbpx

Pejuang bertanding secara solo PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin (tengah) bersama Jawatankuasa Pejuang Johor menunjukkan logo dan warna parti tersebut di sidang media Program Perasmian Pejabat Sekreteriat Parti Pejuang di Segamat Baru, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor, akan meletakkan 42 calon solo untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Ketua Pejuang Johor, Datuk Dr. Saharuddin Mohd Salleh menegaskan parti itu sudah mengumumkan tidak akan menyokong mana-mana pihak dan akan bertanding sendirian walaupun tidak di kesemua 56 kerusi di Johor.

Jelas beliau, calon yang dipilih adalah dalam kalangan belia, wanita, profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bekas pegawai kerajaan dan ahli perniagaan.

“Kita akan memuktamadkan ke semua nama calon dari pelbagai peringkat usia ke jawatankuasa pusat parti dalam masa terdekat.

“Keutamaan lokasi meletakkan calon Pejuang dinilai berdasarkan majoriti penduduk Melayu di kawasan masing-masing,” katanya dalam sidang media di Program Perasmian Pejabat Sekreteriat Parti Pejuang di Jalan Nagasari, Parlimen Sekijang (P141), Segamat Baru di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun terbuka jika mana-mana parti mahu bekerjasama dengan Pejuang pada PRN negeri kali ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI