fbpx

Pas teliti 3 pilihan dalam PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (dua dari kanan) bersama 10 penghulu tanpa mukim kaum Tiong Hua di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam hari ini. - FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Pas masih belum memutuskan sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) atau bertanding sendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tiga pilihan itu berada dalam bayangan parti tersebut ketika ini selepas mengesahkan parti itu akan bertanding dalam PRN Johor.

Menurutnya, Pas mengutamakan penyatuan ummah dan konsep itu turut diterapkan ketika berdepan PRN Melaka baru-baru ini, namun ia menjadi tidak seperti diharapkan.

“Pas ingin bekerjasama dengan semua, sama ada UMNO atau Bersatu kerana kita utamakan penyatuan ummah. Oleh itu, kita bersedia berunding dan berbincang.

“Kita turut berbincang dengan UMNO semasa PRN Melaka, namun berlaku seperti apa yang terjadi (bertanding atas tiket PN) dan ada beberapa perkara menyebabkan kita membuat keputusan itu,”katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 10 penghulu tanpa mukim kaum Tiong Hua sempena Tahun Baharu Cina di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI