fbpx

Park Shin-hye, Choi Tae-joon berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIN-hye dan Tae-joon selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah gereja di Gangdong-gu Seoul, Korea Selatan hari ini.

PETALING JAYA – Pasangan pelakon Korea Selatan popular aktres Park Shin-hye dan aktor Choi Tae-joon selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah gereja di Gangdong-gu Seoul, Korea Selatan hari ini.

Sempena dengan majlis perkahwinannya, agensi pengurusan aktres itu, SALT Entertainment telah mengeluarkan gambar pra-perkahwinan pasangan tersebut.

Aktres yang popular dengan drama Prince Hour itu kelihatan cukup menawan dengan gaun perkahwinan serba putih, manakala Tae-joon cukup segak dengan tuksedo berwarna hitam.

“Hari ini aktres Park Shin-hye akan berkahwin dengan aktor Choi Tae-joon. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyayangi Park Shin-hye serta memberi ucapan tahniah kepadanya.

“Park Shin-hye akan bekerja keras untuk menunjukkan imej yang baik pada masa depan. Diharap anda akan memberi sokongan kepadanya. Terima kasih,” tulis kenyataan rasmi daripada agensi pengurusan aktres berkenaan.

Dalam pada itu, gambar-gambar majlis perkahwinan penuh glamor pasangan berkenaan mula berlegar di media sosial.

Aktor terkenal Lee Min-ho merupakan antara rakan artis yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut.

Min-ho yang bergandingan dengan Shin-hye dalam drama Heirs telah memuat naik gambarnya memakai sut dan menulis ucapan tahniah secara berseloroh di Instagram: “Adakah saya akan mengucapkan tahniah kepada kamu?”.

Lebih melucukan Shin-hye menulis nama Kim Tan yang merupakan nama watak Min-ho dalam drama Heirs pada kad jemputan perkahwinannya.

Difahamkan, selain Min-ho ramai bintang terkenal Korea Selatan turut hadir sebagai tetamu majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu.

Antaranya, D.O (EXO), Lee Hong-ki (FT Island), IU, Nam Goong-min, Crush, Zico, Seolhyun, Lee Se-young, Yoo Yeon-seok, Ryu Jun-yeol, Kim Bum,  Lim Seul-ong (2AM), Chang Sung (2PM) dan beberapa rakan pasangan berkenaan daripada industri hiburan.

Terdahulu pada November lalu, Shin-hye mengejutkan peminat apabila mengumumkan dia sedang hamil dan akan melangsungkan perkahwinan pada 22 Januari 2022.

Shin-hye dan suaminya Tae-joon yang popular menerusi drama So I Married an Anti-fan mula menjalinkan hubungan cinta pada penghujung 2017, bagaimanapun mereka hanya mendedahkan hubungan tersebut kepada umum pada Mac 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI