fbpx

Pan-gon pengendali baharu Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-gon bersama empat barisan kejurulatihan yang dibawa dari Korea Selatan dijangka tiba di Malaysia awal bulan depan. – AFP

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menemui ‘formula’ baharu selepas mengesahkan kehadiran pengendali import dari Korea Selatan, Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya bermula tahun ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, kehadiran Pan-gon akan mengisi keko­songan jawatan ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe yang mengambil keputusan untuk melepaskan tugasnya pada awal bulan ini.

“Selepas menerima peletakan jawatan Cheng Hoe, FAM telah menerima banyak permohonan daripada jurulatih seluruh dunia yang berminat untuk mengisi posisi selaku pengendali skuad Harimau Malaya.

“Namun, selepas dinilai menerusi beberapa kriteria se­perti pemahaman mengenai bola sepak tempatan, lesen pro, dan pengalaman selaku pe­ngendali skuad kebangsaan, FAM mengambil keputusan untuk melantik Pan-gon.

“Meski tidak memegang jawatan sebagai ketua jurulatih sejak 2018, tugas Pan-gon sebagai Pengarah Skuad Kebangsaan Korea Selatan cukup penting bagi memastikan negara berkenaan dalam kedudukan terbaik untuk layak ke Piala Dunia 2022.

“Beliau bersama empat barisan kejurulatihan yang dibawa dari Korea Selatan dijangka tiba di Malaysia untuk memulakan tugas rasmi awal bulan depan. Mereka semua diberi kontrak selama dua tahun,” kata Hamidin pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebagai rekod, Pan-gon bakal menjadi pengendali import pertama skuad negara sejak 2017 sewaktu di bawah bimbingan ketua jurulatih dari Portugal, Nelo Vingada.

Pan-gon yang berusia 53 tahun sebelum ini pernah memiliki pengalaman membimbing pasukan Hong Kong pada dua penggal dari 2009-2010 dan 2012-2017.

Hong Kong kendalian Pan-gon juga pernah dua kali bertemu skuad Harimau Malaya pada 2017 yang ketika itu dibimbing Vingada pada saingan Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 yang mana aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka berkesudahan seri 1-1 dan aksi di Hong Kong, Malaysia tewas 0-2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI